20 August 2011

apa yang best berbuka puasa kat kampung?!

apa yang best berbuka puasa kat kampung? hmmm.. aku x tau lar korang, tapi bagi aku ada beberapa sebab yang best.. antaranya :-


  1. dapat berjumpa dengan mak ayah yang selama ini kita dengar suara mereka kat telepon jer! (tapi bagi aku, mak abah dah xde.. yang tinggal kat kampung ni hanyalah along (kaklong), nayah (abg ngah), abg bujang sekeluarga, anjang sekeluarga dan adik beradik aku lain mak.. tu pun kalo diaorg ada balik kpg bercuti...) 
  2. dapat dengar azan dari surau yang dekat dengan rumah.. selalunya, azan kat umah aku (kl) agak sayup2 jer.. selalu dengar azan kat tv jer!
  3. famili kita akan masakkan lauk pauk kegemaran kita walaupun kita x mintak.. tapi sebab mereka sayang kita, tanpa kita cakap pun kita bole dapat menu berbuka puasa peberet kita.. tang ni memang aku sayang along aku sangat2...
  4. bila berbuka puasa ramai2, suka sangat tengok keletah anak2 buah yang semakin membesar.. riunyer suara mereka nak makan itu ini, nak minum itu ini..macam2 perangai! tu lum campur dengan suara mak masing2~ tapi yang bestnyer, bila masing2 mula makan.. senyapppp! macam bumi dilanggar garuda! hahhahaa ~anak buah aku ramai~24 orang!
  5. lepas balik dari teraweh, masing2 akan duduk berkumpul beramai2, sambil bincang persiapan raya dan sekaligus menghabiskan kuih muih yang berbaki masa berbuka tadi.. kena plak kakak ipar buat air kopi o atau teh o! perghhh..
  6. opppsss! lupa.. paling seronok! sesi bertukar2 juadah dengan jiran tetangga dan menghantar kuih kat surau untuk orang kampung berbuka puasa.. hmmm yg ni memang terbaik! sambil bersedekah, kita ingat mengingati satu sama lain..
~saat aku menaip ini, aku rindu sangat dengan adik beradik aku yang lain.. namun apakan daya, disebabkan tuntutan tugas, bukan semuanya dapat berkumpul sekaligus ramai2.. arini sabtu, 20 ramadan 1432 ~ 20 ogos 2011, di kampung aku berkumpul berbuka puasa dengan along, nayah, famili abg bujang & famili anjang, adikku (om, ika, amat~adik mak lain).. sementara di kl, abg tar (pak itam sekeluarga berbuka puasa dengan famili kakyah~mama dan acu.. di jb plak, abg bor (paklang) bersama familinyer dan di bintulu, achik plak dengan familinyer... ooohhhh rindunyer aku pada diaorang dan yang paling aku rindu adalah pada arwah abah dan arwah mak! alfatihah untuk mereka...

16 August 2011

bertunang cara orang dulu2..

tadi selepas berbuka puasa, aku layan tv jap.. tekan2 channel, tertengok lak astro citra! hmm tayang filem tahun 80an rasayer, Darah Satria lakonan Aman Shah dan Lydiawati.. antara filem tahun 80an yang aku suka tengok arr.. cerita tentang left.muda arif yang mempertahankan negara di perbatasan.. cedera parah, tetapi sang isteri berkorban untuk bersama dengan dia lar..

satu yang aku cukup tertarik dalam filem ni adalah ketika bab2 meminang.. best plak rasanyer, sebab dulu masa kecik2, perkara2 itulah yang dipraktikkan..

dulu~kalo kita suka, jatuh cinta dgn anak dara org, kita xkan ada can nak ushar bwk jenjalan.. sekali dua terserempak, dah bgtau kat mak ayah suh masuk meminang dia..

sekarang~kita lbh rela ushar awek tu dgn pelbagai cara, termasuklah bwk ke sana sini, termasuklah umah kita cam bertunggu tangga, katanyer, mak ayah kita sporting..

dulu~orang yang meminang itu adalah mak, ayah saudara si lelaki.. mak ayah pun duduk umah tunggu.. yang si lelaki jangan cakaplah, memang x karuan menunggu cam kucing nak beranak kat umah.. yang sarungkan cincin pun, mak sedara si lelaki.. x ramai yg datang.. ada lar dalam 10 org jer kot!

sekarang~hehehehe yang si lelaki bagus punyer lepak kat umah si pompuan sambil mak ayah, sedara mara dok bincang.. bole plak join skali makan2, amik gambo sakan.. heheh ada yg siap buat video lagi! hahah yang x bole blah, mak ayah lelaki pun sibuk nak enterframe gambo pertunangan tu! hehehe nak amik gambo dengan menantu~kenang2an.. yang datang majlis ni, mo gak 70-100 org sampai siap dirikan khemah tuu!

dulu~waktu bertunang singkat, antara 2-3 bulan jer..

sekarang~ada yang menjangkau 3-4 tahun wooo!

hmmm beza dulu dan sekarang.. kalo korang, nak bertunang cara yang mcm mana? dulu atau sekarang? hehehehe jangan tanya kat akuuu! aku sekadar menaip, bagi pandangan apa yg aku nampak jer! :D

salam perkenalan..

as salam untuk semua sahabat..

pertama kali kita bersua di arena blog pula! wah! macam x percaya pulak yang aku kini menulis di sini.. yayy! macam malu2 lak rasanyer.. almaklumlah cam blind date jer kan? ini kali pertama kita bersua.. hik3, yang baru ushar blog ini, salam perkenalan.. korang bole panggil aku~hanna jer.. kalo panggilan n tu memang khas untuk keluarga dan sahabat jer tau! hehehe... :p

ehh, ada keje arr.. nanti aku masuk balik ek.. bagitau lar kat kawan2 lain untuk follow aku.. ~kalo nak larr.. macam2 cerita kita bole kongsi! tapi yang pastinya bukan kisah politik ek! pasal aku minat bab2 kehidupan, percintaan dan masak2..

oklah, aku beransur dulu.. jumpa lagi!! :)