- dapat berjumpa dengan mak ayah yang selama ini kita dengar suara mereka kat telepon jer! (tapi bagi aku, mak abah dah xde.. yang tinggal kat kampung ni hanyalah along (kaklong), nayah (abg ngah), abg bujang sekeluarga, anjang sekeluarga dan adik beradik aku lain mak.. tu pun kalo diaorg ada balik kpg bercuti...)
- dapat dengar azan dari surau yang dekat dengan rumah.. selalunya, azan kat umah aku (kl) agak sayup2 jer.. selalu dengar azan kat tv jer!
- famili kita akan masakkan lauk pauk kegemaran kita walaupun kita x mintak.. tapi sebab mereka sayang kita, tanpa kita cakap pun kita bole dapat menu berbuka puasa peberet kita.. tang ni memang aku sayang along aku sangat2...
- bila berbuka puasa ramai2, suka sangat tengok keletah anak2 buah yang semakin membesar.. riunyer suara mereka nak makan itu ini, nak minum itu ini..macam2 perangai! tu lum campur dengan suara mak masing2~ tapi yang bestnyer, bila masing2 mula makan.. senyapppp! macam bumi dilanggar garuda! hahhahaa ~anak buah aku ramai~24 orang!
- lepas balik dari teraweh, masing2 akan duduk berkumpul beramai2, sambil bincang persiapan raya dan sekaligus menghabiskan kuih muih yang berbaki masa berbuka tadi.. kena plak kakak ipar buat air kopi o atau teh o! perghhh..
- opppsss! lupa.. paling seronok! sesi bertukar2 juadah dengan jiran tetangga dan menghantar kuih kat surau untuk orang kampung berbuka puasa.. hmmm yg ni memang terbaik! sambil bersedekah, kita ingat mengingati satu sama lain..
~saat aku menaip ini, aku rindu sangat dengan adik beradik aku yang lain.. namun apakan daya, disebabkan tuntutan tugas, bukan semuanya dapat berkumpul sekaligus ramai2.. arini sabtu, 20 ramadan 1432 ~ 20 ogos 2011, di kampung aku berkumpul berbuka puasa dengan along, nayah, famili abg bujang & famili anjang, adikku (om, ika, amat~adik mak lain).. sementara di kl, abg tar (pak itam sekeluarga berbuka puasa dengan famili kakyah~mama dan acu.. di jb plak, abg bor (paklang) bersama familinyer dan di bintulu, achik plak dengan familinyer... ooohhhh rindunyer aku pada diaorang dan yang paling aku rindu adalah pada arwah abah dan arwah mak! alfatihah untuk mereka...
No comments:
Post a Comment