22 November 2011

perjuangan hidup...

salam sahabat dan rakan kenalan...

kali ini aku nak mengimbas tentang perjuangan.. aku bukanlah orang bijak pandai untuk berkata sesuatu yang hebat tentang apakah itu perjuangan cuma sekadar ini berkongsi apakah yang harus kita lakukan tatkala kita berjuang, meneruskan perjuangan dan terus lagi berjuang hingga selesai.. hingga hirupan nafas terakhir..

aku sekadar ingin berkongsi dengan kalian, bukan sekadar bercopy paste cuma memanjangkan ilmu yang aku dapat apabila membaca sebuah novel karya dhiya zafira..~~

''hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan.. maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah sesuatu yang sia-sia.. tetaplah tegar meskipun yang lain berguguran.. tetaplah tersenyum walaupun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.. sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita......"

hmmm menarik bukan.. luas ertinya perjuangan namun bagi aku, jika kita berusaha untuk bangkit dari kekalahan, kekecewaan, kegagalan, kemuraman, kesedihan.. maka, kita juga insan yang mampu berjuang setara dengan manusia-manusia hebat yang lain.. aduuhh! cakap memang senang kan? nak laksanakan memang susah! arghhhh!!!

haishhhh apa plak nak mengeluh ni? apa pun perkara yang kita nak buat memang susah wehh! hatta nak bangun dari tempat duduk yang selesa atau pembaringan yang empuk untuk pegi mandi pun payah~ehhh time2 ujan camni kan memang payah nak bermandi manda kalo rumah xde heater!! uuhhh sejuknyerrr~~~ngeh ngeh ngehhh :p

JOM TERUSKAN PERJUANGAN KITA SEMUA-SAHABAT DAN RAKAN KENALANKU SEKALIAN!!!  MARIIIII!!!

18 November 2011

kalo hati sudah hitam~~

salam..

mungkin korang terpikir apalah yang aku nak syarahkan?? hehehe almaklum lar tajuk entry kali ni 'kalo hati sudah hitam'... hmm camner nak mulakan ek? sebab aku pun bukanlah baik sangat untuk bagi nasihat kat org lain.. aku pun dalam proses membetulkan diri..

sebulan dua ni aku diuji dengan dugaan yang besar.. begitu jugak di kalangan kawan2 rapat aku... masing2 diduga dengan 'pertelingkahan' atau 'pengkhianatan' orang yang rapat dengan mereka.. bukan suami, bukan isteri, bukan jugak saudara mara terdekat tapi orang yang bergelar KAWAN BAIK! hah! x percaya? percayalah, kerana itu hakikat yang berlaku..

takkan aku nak citer kat sini kot setiap apa yang berlaku.. cuma apa yang aku nak katakan, setiap orang berhak menegur sesama mereka dengan tujuan kebaikan tapi apabila kebaikan dilihat sebagai jenayah, dilihat sebagai proses menjatuhkan, maka keindahan berkata benar tidak ada lagi dalam alam yang fana ini.. kebaikan bertahun lenyap dalam sekelip mata, apabila dihasut, dicucuk dengan ayat2 power oleh sang setan (tanpa disedari) hati yang putih bersih perlahan2 bertukar warnanya.. lama2 jadiklah hitam dan sangguplah ia memutuskan sillaturrahim yang ada.. aduhhh perit kan?

berbudi bukan minta dibalas.. cukup sekadar dikenang.. oooh, orang ini pernah berbuat baik dengan aku, pernah berjasa walau sekuman zarah dengan aku.. susah ke wahai manusia untuk mengenang kebaikan itu.. ohh lupa! ko bukan lagi manusia, ko dah menjadi separuh manusia, separuh sang setan! takpelah, wahai manusia, ko masih ada peluang lagi untuk memaafkan, jadi maafkanlah.. hidup ini terlalu indah untuk dikenang perit luka pengkhianatan itu.. teruskan hidup dengan jayanya kerana hidup masih banyak lagi sisi baik lain untuk ditempuhi..

tapi dalam mimpi, its ok jer kalo kita nak bagi sepam dua caci maki hamun atau penampaq kat sesaper yang dah jadik sang setan tuuu! alahhh setan, apa yang kita nak takutkan, esok2 pun dia memang masuk neraka punnn! ehhh, sape yang jadik setan nih??? :p

ok, selesai.. jalan dulu!

12 November 2011

apa yang aku rasa..

salam..
lama kita tak bersua di blog ni kan.. hmm maaf, sibuk keje dan sibuk cuti pun yer jugak! mana dengan kursus, exam, keje  opis pastu pi lak buat minor surgery ibu jari tangan kiri nih.. adoiyaii.. ni baru dapat jengok2 kat blog..

2,3 minggu ni pun hidup agak sedikit mencabar dengan dugaan hanya bole guna sebelah tangan (kanan) jer.. pastu hmm tah hape2 lar yang dok ganggu hidup ni dari kiri, kanan, atas, bawah..  alhamdulillah berjaya jugak mengharunginya dengan bantuan kawan, teman, sahabat terbaik lagi tersayang.. nasihat daripada kakak tersayang jugak banyak membantu..

apa pun dugaan atau masalah insya'ALLAH dapat diatasi jika bertenang dan ingat pada ALLAH.. dan aku yakin itulah yang sebenar2nya.. bukan dok pukul canang pi tambah dosa buruk2kan orang lain semata2 nak menampakkan kita diduga, dibuli atau kita x bersalah.. sebab aku orang melayu walau ada sedikit darah bugis, tetap gak aku nak guna pepatah melayu~berani kerana benar, takut kerana salah.. kalo yang paham, pahamlah.. kalo x, penatlah nak bagi orang paham.. cuba belajar paham dan berfikirlah di luar kotak.. bukan semua teguran itu menjahanamkan hidup kita.. pikir yang mana baik lar.. cuba belajar terima hakikat..

hmm.. tetiba rasa malas plak nak taip entry ini.. penat nak menaip dan tetibe rasa nak pi layan novel yang aku baru beli petang tadi.. chowww dulu, salam n gudnite fren!