18 November 2011

kalo hati sudah hitam~~

salam..

mungkin korang terpikir apalah yang aku nak syarahkan?? hehehe almaklum lar tajuk entry kali ni 'kalo hati sudah hitam'... hmm camner nak mulakan ek? sebab aku pun bukanlah baik sangat untuk bagi nasihat kat org lain.. aku pun dalam proses membetulkan diri..

sebulan dua ni aku diuji dengan dugaan yang besar.. begitu jugak di kalangan kawan2 rapat aku... masing2 diduga dengan 'pertelingkahan' atau 'pengkhianatan' orang yang rapat dengan mereka.. bukan suami, bukan isteri, bukan jugak saudara mara terdekat tapi orang yang bergelar KAWAN BAIK! hah! x percaya? percayalah, kerana itu hakikat yang berlaku..

takkan aku nak citer kat sini kot setiap apa yang berlaku.. cuma apa yang aku nak katakan, setiap orang berhak menegur sesama mereka dengan tujuan kebaikan tapi apabila kebaikan dilihat sebagai jenayah, dilihat sebagai proses menjatuhkan, maka keindahan berkata benar tidak ada lagi dalam alam yang fana ini.. kebaikan bertahun lenyap dalam sekelip mata, apabila dihasut, dicucuk dengan ayat2 power oleh sang setan (tanpa disedari) hati yang putih bersih perlahan2 bertukar warnanya.. lama2 jadiklah hitam dan sangguplah ia memutuskan sillaturrahim yang ada.. aduhhh perit kan?

berbudi bukan minta dibalas.. cukup sekadar dikenang.. oooh, orang ini pernah berbuat baik dengan aku, pernah berjasa walau sekuman zarah dengan aku.. susah ke wahai manusia untuk mengenang kebaikan itu.. ohh lupa! ko bukan lagi manusia, ko dah menjadi separuh manusia, separuh sang setan! takpelah, wahai manusia, ko masih ada peluang lagi untuk memaafkan, jadi maafkanlah.. hidup ini terlalu indah untuk dikenang perit luka pengkhianatan itu.. teruskan hidup dengan jayanya kerana hidup masih banyak lagi sisi baik lain untuk ditempuhi..

tapi dalam mimpi, its ok jer kalo kita nak bagi sepam dua caci maki hamun atau penampaq kat sesaper yang dah jadik sang setan tuuu! alahhh setan, apa yang kita nak takutkan, esok2 pun dia memang masuk neraka punnn! ehhh, sape yang jadik setan nih??? :p

ok, selesai.. jalan dulu!

2 comments:

  1. KAHKAHKAH. macam kenai ja ayat yang last tu. Manusia memang kejammm T___T

    ReplyDelete
  2. ohh ayat sepam dua tu? ehh ayat orang ramai yer.. huhuuu

    ReplyDelete