23 December 2011

macam2 citer...

lama rasanyer aku x menaip di blog ini.. kewajipan melunaskan tugasan membuatkan masa agak terbatas untuk mengadap blog ini.. hakikatnya, arini pun aku sebenarnya keletihan.. letih menguruskan hal2 pekerjaan dan letih dengan ragam2 manusia di sekeliling ku.. hmm orang2 yang kusayang x lar bagi masalah... ini yang biasa2 dan yang aku kenal gitu2 jer.. tapi bila dipikir2kan semula, kalo xde orang2 ini, x rancak plak hidup aku kann... (ketawa sendiri.. hik3)

hmm aku baru dapat maklum bahawa unit tempat aku bertugas akan mengalami pembaharuan dan penambahbaikan.. bermakna juga tugasan aku akan bertambah dan terdapat bidang tugasan yang baru untuk aku.. hmm.. xpelah, yang penting keje2 akan kubuat sebaik mungkin dan dengan efektifnya! yeahhhh go go diriku! jiayuk jiayuk hanna! yang penting, tugasan baru dengan team baruu! lalalala

oklah, nanti bila free lagi.. aku taiplah pape yang patut kat blog nih.. sekarang aku nak rest sambil layan maharajalawak mega.. baru abiss turn si boboi, sebelum tu saehu.. mmg lawak giler sampai sakit mulut aku tergelak2.. ok, jom sambung gelak!!! bole ilang tensennnn! wakkakakakakaaaaa

22 November 2011

perjuangan hidup...

salam sahabat dan rakan kenalan...

kali ini aku nak mengimbas tentang perjuangan.. aku bukanlah orang bijak pandai untuk berkata sesuatu yang hebat tentang apakah itu perjuangan cuma sekadar ini berkongsi apakah yang harus kita lakukan tatkala kita berjuang, meneruskan perjuangan dan terus lagi berjuang hingga selesai.. hingga hirupan nafas terakhir..

aku sekadar ingin berkongsi dengan kalian, bukan sekadar bercopy paste cuma memanjangkan ilmu yang aku dapat apabila membaca sebuah novel karya dhiya zafira..~~

''hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan.. maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah sesuatu yang sia-sia.. tetaplah tegar meskipun yang lain berguguran.. tetaplah tersenyum walaupun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.. sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita......"

hmmm menarik bukan.. luas ertinya perjuangan namun bagi aku, jika kita berusaha untuk bangkit dari kekalahan, kekecewaan, kegagalan, kemuraman, kesedihan.. maka, kita juga insan yang mampu berjuang setara dengan manusia-manusia hebat yang lain.. aduuhh! cakap memang senang kan? nak laksanakan memang susah! arghhhh!!!

haishhhh apa plak nak mengeluh ni? apa pun perkara yang kita nak buat memang susah wehh! hatta nak bangun dari tempat duduk yang selesa atau pembaringan yang empuk untuk pegi mandi pun payah~ehhh time2 ujan camni kan memang payah nak bermandi manda kalo rumah xde heater!! uuhhh sejuknyerrr~~~ngeh ngeh ngehhh :p

JOM TERUSKAN PERJUANGAN KITA SEMUA-SAHABAT DAN RAKAN KENALANKU SEKALIAN!!!  MARIIIII!!!

18 November 2011

kalo hati sudah hitam~~

salam..

mungkin korang terpikir apalah yang aku nak syarahkan?? hehehe almaklum lar tajuk entry kali ni 'kalo hati sudah hitam'... hmm camner nak mulakan ek? sebab aku pun bukanlah baik sangat untuk bagi nasihat kat org lain.. aku pun dalam proses membetulkan diri..

sebulan dua ni aku diuji dengan dugaan yang besar.. begitu jugak di kalangan kawan2 rapat aku... masing2 diduga dengan 'pertelingkahan' atau 'pengkhianatan' orang yang rapat dengan mereka.. bukan suami, bukan isteri, bukan jugak saudara mara terdekat tapi orang yang bergelar KAWAN BAIK! hah! x percaya? percayalah, kerana itu hakikat yang berlaku..

takkan aku nak citer kat sini kot setiap apa yang berlaku.. cuma apa yang aku nak katakan, setiap orang berhak menegur sesama mereka dengan tujuan kebaikan tapi apabila kebaikan dilihat sebagai jenayah, dilihat sebagai proses menjatuhkan, maka keindahan berkata benar tidak ada lagi dalam alam yang fana ini.. kebaikan bertahun lenyap dalam sekelip mata, apabila dihasut, dicucuk dengan ayat2 power oleh sang setan (tanpa disedari) hati yang putih bersih perlahan2 bertukar warnanya.. lama2 jadiklah hitam dan sangguplah ia memutuskan sillaturrahim yang ada.. aduhhh perit kan?

berbudi bukan minta dibalas.. cukup sekadar dikenang.. oooh, orang ini pernah berbuat baik dengan aku, pernah berjasa walau sekuman zarah dengan aku.. susah ke wahai manusia untuk mengenang kebaikan itu.. ohh lupa! ko bukan lagi manusia, ko dah menjadi separuh manusia, separuh sang setan! takpelah, wahai manusia, ko masih ada peluang lagi untuk memaafkan, jadi maafkanlah.. hidup ini terlalu indah untuk dikenang perit luka pengkhianatan itu.. teruskan hidup dengan jayanya kerana hidup masih banyak lagi sisi baik lain untuk ditempuhi..

tapi dalam mimpi, its ok jer kalo kita nak bagi sepam dua caci maki hamun atau penampaq kat sesaper yang dah jadik sang setan tuuu! alahhh setan, apa yang kita nak takutkan, esok2 pun dia memang masuk neraka punnn! ehhh, sape yang jadik setan nih??? :p

ok, selesai.. jalan dulu!

12 November 2011

apa yang aku rasa..

salam..
lama kita tak bersua di blog ni kan.. hmm maaf, sibuk keje dan sibuk cuti pun yer jugak! mana dengan kursus, exam, keje  opis pastu pi lak buat minor surgery ibu jari tangan kiri nih.. adoiyaii.. ni baru dapat jengok2 kat blog..

2,3 minggu ni pun hidup agak sedikit mencabar dengan dugaan hanya bole guna sebelah tangan (kanan) jer.. pastu hmm tah hape2 lar yang dok ganggu hidup ni dari kiri, kanan, atas, bawah..  alhamdulillah berjaya jugak mengharunginya dengan bantuan kawan, teman, sahabat terbaik lagi tersayang.. nasihat daripada kakak tersayang jugak banyak membantu..

apa pun dugaan atau masalah insya'ALLAH dapat diatasi jika bertenang dan ingat pada ALLAH.. dan aku yakin itulah yang sebenar2nya.. bukan dok pukul canang pi tambah dosa buruk2kan orang lain semata2 nak menampakkan kita diduga, dibuli atau kita x bersalah.. sebab aku orang melayu walau ada sedikit darah bugis, tetap gak aku nak guna pepatah melayu~berani kerana benar, takut kerana salah.. kalo yang paham, pahamlah.. kalo x, penatlah nak bagi orang paham.. cuba belajar paham dan berfikirlah di luar kotak.. bukan semua teguran itu menjahanamkan hidup kita.. pikir yang mana baik lar.. cuba belajar terima hakikat..

hmm.. tetiba rasa malas plak nak taip entry ini.. penat nak menaip dan tetibe rasa nak pi layan novel yang aku baru beli petang tadi.. chowww dulu, salam n gudnite fren!




12 October 2011

sekadar perkembangan terbaru aku!

hmm.. camner nak mulakan ayat ek..

dah lama aku x jenguk blog aku nih.. busy skit lepas  syawal aritu, pastu pi kursus 2 minggu kat melaka.. nama jer jer resort tu kat melaka, tapi hampehh! bukan aku bole balik kampung pun.. x sempat! 2
,3 ari sebelum abis kursus, aku dah kena demam, batuk, selesema, flu! mak aii... dugaan betul bila nak amik exam.. nasib baik lar ada member aku, zam namanyer yg drive kan keta aku! tq zam, ko memang baik! heheh

pas balik kursus, seminggu lebih jugaklah aku merana sakit nih.. batuk macam orang kena sakit tibi! memang dugaan.. mana dengan nak handle task siaran langsung bajet 2012 lagi, batuk x berhenti2.. sabtu dan ahad, 8 dan 9 okt.. aku memang lepak abis kat umah sorang2.. housemate balik umah mak dia plak.. taawakal jer! makan pun apa yg ada dalam fridge umah.. sib baik lar ada gak telur, sardin, daging, 2,3 bahan mana patut aku bole masak untuk makan sorang2.. malas nak pi umah kakak aku coz taknak menyusahkan kakak aku lagi.. huhuuu dah lar akan menyusahkan dia pada 18 okt ni.. amik dan antar aku buat minor surgery kat hospital ppum!

aku tengah mood exam sebenarnya.. tapi x lar aku study bagai nak gila! dari sekolah lagi aku bukan jenis study, mengadap buku 24 jam.. aku baca skit2 dan ingat apa yang cikgu ajar dalam kelas.. tapi untuk kali ni, memang aku tak prepare pape sebab seminggu lebih aku sakit buat kepala hotak aku buntu dan weng jer+mengadap kerenah nak buat siaran langsung bajet aritu.. sekali lagi, aku tawakal dan berserah!

ada lagi 2,3 perkara aku nak kongsi dengan korang! almaklumlah ni kan blog aku~n a.k.a hanna noordin.. bukan blog korang kann! hahahah nanti bila aku free lagi, aku menaiplah apa yang patut! sekarang aku nak sambung layan citer kuch2 hota hai kat lappy nih.. layan bab shahrukh khan nak luahkan isi hati kat kajol! kan best kalo aku ada boipren cam shahrukh khan nih! wakakaka akuuu kan! kuat imaginasinyer! lalalala..

salam my fren, gudnite!








20 August 2011

apa yang best berbuka puasa kat kampung?!

apa yang best berbuka puasa kat kampung? hmmm.. aku x tau lar korang, tapi bagi aku ada beberapa sebab yang best.. antaranya :-


  1. dapat berjumpa dengan mak ayah yang selama ini kita dengar suara mereka kat telepon jer! (tapi bagi aku, mak abah dah xde.. yang tinggal kat kampung ni hanyalah along (kaklong), nayah (abg ngah), abg bujang sekeluarga, anjang sekeluarga dan adik beradik aku lain mak.. tu pun kalo diaorg ada balik kpg bercuti...) 
  2. dapat dengar azan dari surau yang dekat dengan rumah.. selalunya, azan kat umah aku (kl) agak sayup2 jer.. selalu dengar azan kat tv jer!
  3. famili kita akan masakkan lauk pauk kegemaran kita walaupun kita x mintak.. tapi sebab mereka sayang kita, tanpa kita cakap pun kita bole dapat menu berbuka puasa peberet kita.. tang ni memang aku sayang along aku sangat2...
  4. bila berbuka puasa ramai2, suka sangat tengok keletah anak2 buah yang semakin membesar.. riunyer suara mereka nak makan itu ini, nak minum itu ini..macam2 perangai! tu lum campur dengan suara mak masing2~ tapi yang bestnyer, bila masing2 mula makan.. senyapppp! macam bumi dilanggar garuda! hahhahaa ~anak buah aku ramai~24 orang!
  5. lepas balik dari teraweh, masing2 akan duduk berkumpul beramai2, sambil bincang persiapan raya dan sekaligus menghabiskan kuih muih yang berbaki masa berbuka tadi.. kena plak kakak ipar buat air kopi o atau teh o! perghhh..
  6. opppsss! lupa.. paling seronok! sesi bertukar2 juadah dengan jiran tetangga dan menghantar kuih kat surau untuk orang kampung berbuka puasa.. hmmm yg ni memang terbaik! sambil bersedekah, kita ingat mengingati satu sama lain..
~saat aku menaip ini, aku rindu sangat dengan adik beradik aku yang lain.. namun apakan daya, disebabkan tuntutan tugas, bukan semuanya dapat berkumpul sekaligus ramai2.. arini sabtu, 20 ramadan 1432 ~ 20 ogos 2011, di kampung aku berkumpul berbuka puasa dengan along, nayah, famili abg bujang & famili anjang, adikku (om, ika, amat~adik mak lain).. sementara di kl, abg tar (pak itam sekeluarga berbuka puasa dengan famili kakyah~mama dan acu.. di jb plak, abg bor (paklang) bersama familinyer dan di bintulu, achik plak dengan familinyer... ooohhhh rindunyer aku pada diaorang dan yang paling aku rindu adalah pada arwah abah dan arwah mak! alfatihah untuk mereka...

16 August 2011

bertunang cara orang dulu2..

tadi selepas berbuka puasa, aku layan tv jap.. tekan2 channel, tertengok lak astro citra! hmm tayang filem tahun 80an rasayer, Darah Satria lakonan Aman Shah dan Lydiawati.. antara filem tahun 80an yang aku suka tengok arr.. cerita tentang left.muda arif yang mempertahankan negara di perbatasan.. cedera parah, tetapi sang isteri berkorban untuk bersama dengan dia lar..

satu yang aku cukup tertarik dalam filem ni adalah ketika bab2 meminang.. best plak rasanyer, sebab dulu masa kecik2, perkara2 itulah yang dipraktikkan..

dulu~kalo kita suka, jatuh cinta dgn anak dara org, kita xkan ada can nak ushar bwk jenjalan.. sekali dua terserempak, dah bgtau kat mak ayah suh masuk meminang dia..

sekarang~kita lbh rela ushar awek tu dgn pelbagai cara, termasuklah bwk ke sana sini, termasuklah umah kita cam bertunggu tangga, katanyer, mak ayah kita sporting..

dulu~orang yang meminang itu adalah mak, ayah saudara si lelaki.. mak ayah pun duduk umah tunggu.. yang si lelaki jangan cakaplah, memang x karuan menunggu cam kucing nak beranak kat umah.. yang sarungkan cincin pun, mak sedara si lelaki.. x ramai yg datang.. ada lar dalam 10 org jer kot!

sekarang~hehehehe yang si lelaki bagus punyer lepak kat umah si pompuan sambil mak ayah, sedara mara dok bincang.. bole plak join skali makan2, amik gambo sakan.. heheh ada yg siap buat video lagi! hahah yang x bole blah, mak ayah lelaki pun sibuk nak enterframe gambo pertunangan tu! hehehe nak amik gambo dengan menantu~kenang2an.. yang datang majlis ni, mo gak 70-100 org sampai siap dirikan khemah tuu!

dulu~waktu bertunang singkat, antara 2-3 bulan jer..

sekarang~ada yang menjangkau 3-4 tahun wooo!

hmmm beza dulu dan sekarang.. kalo korang, nak bertunang cara yang mcm mana? dulu atau sekarang? hehehehe jangan tanya kat akuuu! aku sekadar menaip, bagi pandangan apa yg aku nampak jer! :D

salam perkenalan..

as salam untuk semua sahabat..

pertama kali kita bersua di arena blog pula! wah! macam x percaya pulak yang aku kini menulis di sini.. yayy! macam malu2 lak rasanyer.. almaklumlah cam blind date jer kan? ini kali pertama kita bersua.. hik3, yang baru ushar blog ini, salam perkenalan.. korang bole panggil aku~hanna jer.. kalo panggilan n tu memang khas untuk keluarga dan sahabat jer tau! hehehe... :p

ehh, ada keje arr.. nanti aku masuk balik ek.. bagitau lar kat kawan2 lain untuk follow aku.. ~kalo nak larr.. macam2 cerita kita bole kongsi! tapi yang pastinya bukan kisah politik ek! pasal aku minat bab2 kehidupan, percintaan dan masak2..

oklah, aku beransur dulu.. jumpa lagi!! :)