15 March 2012

JATUH CINTA DENGAN KAWAN BAIK?? ~♥

assalam kawan2..

lain macam skit plak tajuk entry aku kali ini.. jatuh cinta dengan kawan baik?? hmm korang penah alami x? jika pernah, ianya lebih memeritkan ke atau lebih membahagiakan?

bagi aku, terpulang dengan rezeki masing2.. segala2nya telah ditentukan oleh Maha Pencipta kita.. sama ada bertemu jodoh, jatuh cinta dengan kawan baik kita atau tidak, hanya ALLAH yang tau.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang..

aku sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana.. sebab dulu penah terjebak 'terjatuh cinta dengan kawan baik sendiri. hehe memang lawak seyy.. tapi ntahlah, perasaan suka, sayang, cinta tu tak bole dinafikan kehadiran.. yang sedih, apabila cinta tu hanyalah bertepuk sebelah tangan.. nak buat macam mana kan? dah dia hanya sayang aku sebagai kawan baik jer.. bukan sebagai pasangan kekasih atau sayang yang menuju ke alam rumahtangga kan.. takpelah aku redha..

hmm bila dah jadik camtu, perit rasanyer.. malu, sedih semuanya bercampur baur.. tapi aku bangkit dari kesedihan.. yelah, kalo dah tak jadi takkan nak dok merana sepanjang hayat kot? giler! heheehe.. walau apapun yang terjadi antara aku dan dia, aku tak pernah lupa kebaikan yang dia berikan sepanjang persahabatan aku dan dia.. cuma sekarang bila ada terasa di hati untuk jatuh cinta kembali, takut betul hati ini kalo melibatkan sahabat baik lagi sedangkan kata teman baik a.k.a pakar rujuk aku, fitrah manusia untuk saling sayang menyayangi dan jika niat itu adalah kerana ALLAH, apa nak dimalukan..

suka betul tengok majlis pernikahan / perkahwinan ana raffali baru-baru ini.. simple! dan yang paling teruja bila ana kata.. alhamdulillah, saya kini lebih bahagia kerana saya dapat berkahwin dan menghabiskan sisa hidup saya bersama kawan baik saya yang kini telah sah menjadi suami saya.. best kan??!



senyum sambil menaip entry ini, teringat mimpi subuh pagi tadi..

jumpa lagi dalam post lain yer kawan2..

01 March 2012

alhamdulillah, syukur rezeki ALLAH bagi...

salam kawan2..

bertemu lagi kita kali ini.. entry kali ni rasanyer cukup simple.. persahabatan dengan rakan sekerja, makan2 dan gossips! hahahaha yang penting, aku rasa boss atau tidak boss seseorang tu, tetap makan bersama kawan2 opis (selain famili, bestfren dan kapel lar) adalah yang ter'best' sekali!

ENAK ~ SEDAPP

lauk pauk yang disediakan kami sendiri! jangan tak percaya~~

gembira dan suka hati bila menengok cik adik dah siapkan air minum.. haa dah nak makan lar nih!

air teh o laici... nikmat dunia yang sementara..~~

akhirnya.. inilah lauk-pauk pilihan aku dan cik adik manis bila nak makan.. bismillah..~~

jeng jeng jeng! inilah lauk yang aku masak! sempoi, ala2 manjer2 gituu!~~

KENYANG ~ ALHAMDULILLAH, syukur sangatt2!




24 February 2012

SEDAP MATA MEMANDANG, ENAK DIMAKAN..

salam kawan2..

entah kenaper, petang ini cam rajin plak aku nak upload gambo2 masakanku, air tanganku sendiri ke dalam blog ini.. hakikatnya aku seorang kaki makan dan apabila dapat masak sendiri, menjamu ahli keluarga jugak kawan2, terbit rasa kepuasan yang tidak terhingga..

yang paling penting, ilmu memasak ini aku belajar dari kakak2ku, along & mama.. merekalah tempat aku berkongsi kasih sayang, ilmu, didikan setelah kehilangan arwah mak seawal usia 5 tahun.. besar jasa along dan mama padaku.. dan, nah! inilah salah satu hasil didikan mereka.. resepi famili nih! hehehe kononnya, tak malulah aku bab nak menjamu orang lain dengan air tangan ku sendiri..

eh, ada ker kawan2 yang nak resepi menu2 ini? hehe tinggalkan komen korang dan aku akan jawab mana yang patut tentang menu2 ini..

okay, hingga jumpa lagi yer kawan2.. SEDAP MATA MEMANDANG, ENAK DIMAKAN.. yumm yumm.. erkk alhamdulillah..

ayam masak lemak cili padi dengan kentang..

sotong goreng kunyit..

sambal tumbuk ikan bilis..

kacang panjang goreng cili padi dengan fishball..

ayam black pepper dengan kentang..

dan.. inilah dia 2 orang cikgu masakku, along dengan mama.. love u both!!!
along..

mama..

Spagethi Malaysia!

salam kawan2..

aku sebenarnya nak berterima kasih sangat2 kepada 2 orang adik ku ini, ayu dan syana yang mendorong aku untuk melengkapkan blog aku dengan bahan tulisan, respi dan gambo2.. mulanya aku macam malas, tapi  tak salah untuk aku mencuba.. alhamdulillah, ini hasil pertama.. masakanku, Spagethi Malaysia! Kenaper aku namakan Spagethi Malaysia? hehehe sebab aku guna cili kering untuk menambah kepedasan sos Spagethi ini.. Spagethi asal mana guna cili kering wehh! hahaha

jom layannn.. resepi? nanti, sabo2 yer.. :)

Spagethi Malaysia buatan ku sendiri! hehehe sedap woo! tak caya, korang bole tanya adik manis, syanaaa... :D

05 February 2012

awal mula tahun 2012

Salam kawan2..

Bersua lagi kita di sini.. Ohh lama sudah kita tak jumpa kat sini kan.. Tiada jawapan lain yang sesuai dan tepat serta yang sesuai melainkan aku sibuk dengan tugasan di opis.. Almaklumlah, dengan struktur baru, bos baru, nak kata semuanya serba baru tidaklah, pelaksanaan jer baru.. yeahh! semangat! semangat! penat memang penat.. first few months ni mmg terasa jugaklah dengan pembahagian tugas.. tapi aku harus akur.. ini ketentuanNYA.

Akhir tahun 2011 lalu kututup dengan lapang dada bahawasanya tugasan pejabat telah berjaya kulaksanakan dengan sebaik mungkin.. syukur, alhamdulillah! walaupun ada masanya job datang saat2 akhir, tetap ku harung membuatnya dengan apa yang ada! Yang penting, aku enjoy berada di mana aku berada sekarang..

Alam percintaan? Aku serahkan segala-galanya kepada ALLAH kerana DIA Maha Mengetahui siapakan yang terbaik untukku.. Terbaik untuk bersama ku dunia akhirat, terbaik untuk membimbing ku.. Yang pastinya, aku tetap sama seperti aku yang dulu, tak pernah menutup hati untuk cinta yang hadir namun memilih untuk yang terbaik.. Aku tetap N yang dulu..

Hmm dah x tau nak taip apa.. Mungkin kerana hampir tiap hari, luahan hati lebih senang dituturkan di dinding yang lagi satu.. Nanti-nantilah, kalo ada citer baru, aku taipkan di sini.. Sehingga itu, salam dan jumpa lagi..