15 March 2012

JATUH CINTA DENGAN KAWAN BAIK?? ~♥

assalam kawan2..

lain macam skit plak tajuk entry aku kali ini.. jatuh cinta dengan kawan baik?? hmm korang penah alami x? jika pernah, ianya lebih memeritkan ke atau lebih membahagiakan?

bagi aku, terpulang dengan rezeki masing2.. segala2nya telah ditentukan oleh Maha Pencipta kita.. sama ada bertemu jodoh, jatuh cinta dengan kawan baik kita atau tidak, hanya ALLAH yang tau.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang..

aku sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana.. sebab dulu penah terjebak 'terjatuh cinta dengan kawan baik sendiri. hehe memang lawak seyy.. tapi ntahlah, perasaan suka, sayang, cinta tu tak bole dinafikan kehadiran.. yang sedih, apabila cinta tu hanyalah bertepuk sebelah tangan.. nak buat macam mana kan? dah dia hanya sayang aku sebagai kawan baik jer.. bukan sebagai pasangan kekasih atau sayang yang menuju ke alam rumahtangga kan.. takpelah aku redha..

hmm bila dah jadik camtu, perit rasanyer.. malu, sedih semuanya bercampur baur.. tapi aku bangkit dari kesedihan.. yelah, kalo dah tak jadi takkan nak dok merana sepanjang hayat kot? giler! heheehe.. walau apapun yang terjadi antara aku dan dia, aku tak pernah lupa kebaikan yang dia berikan sepanjang persahabatan aku dan dia.. cuma sekarang bila ada terasa di hati untuk jatuh cinta kembali, takut betul hati ini kalo melibatkan sahabat baik lagi sedangkan kata teman baik a.k.a pakar rujuk aku, fitrah manusia untuk saling sayang menyayangi dan jika niat itu adalah kerana ALLAH, apa nak dimalukan..

suka betul tengok majlis pernikahan / perkahwinan ana raffali baru-baru ini.. simple! dan yang paling teruja bila ana kata.. alhamdulillah, saya kini lebih bahagia kerana saya dapat berkahwin dan menghabiskan sisa hidup saya bersama kawan baik saya yang kini telah sah menjadi suami saya.. best kan??!



senyum sambil menaip entry ini, teringat mimpi subuh pagi tadi..

jumpa lagi dalam post lain yer kawan2..

No comments:

Post a Comment