05 February 2012

awal mula tahun 2012

Salam kawan2..

Bersua lagi kita di sini.. Ohh lama sudah kita tak jumpa kat sini kan.. Tiada jawapan lain yang sesuai dan tepat serta yang sesuai melainkan aku sibuk dengan tugasan di opis.. Almaklumlah, dengan struktur baru, bos baru, nak kata semuanya serba baru tidaklah, pelaksanaan jer baru.. yeahh! semangat! semangat! penat memang penat.. first few months ni mmg terasa jugaklah dengan pembahagian tugas.. tapi aku harus akur.. ini ketentuanNYA.

Akhir tahun 2011 lalu kututup dengan lapang dada bahawasanya tugasan pejabat telah berjaya kulaksanakan dengan sebaik mungkin.. syukur, alhamdulillah! walaupun ada masanya job datang saat2 akhir, tetap ku harung membuatnya dengan apa yang ada! Yang penting, aku enjoy berada di mana aku berada sekarang..

Alam percintaan? Aku serahkan segala-galanya kepada ALLAH kerana DIA Maha Mengetahui siapakan yang terbaik untukku.. Terbaik untuk bersama ku dunia akhirat, terbaik untuk membimbing ku.. Yang pastinya, aku tetap sama seperti aku yang dulu, tak pernah menutup hati untuk cinta yang hadir namun memilih untuk yang terbaik.. Aku tetap N yang dulu..

Hmm dah x tau nak taip apa.. Mungkin kerana hampir tiap hari, luahan hati lebih senang dituturkan di dinding yang lagi satu.. Nanti-nantilah, kalo ada citer baru, aku taipkan di sini.. Sehingga itu, salam dan jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment